Resipi Pucuk Ubi Goreng Berlado

Pucuk-Ubi-Goreng

 

Mmm, tak ada selera nak makan? Or, dah tak tahu nak masak apa for lunch or dinner? Kalau anda suka masakan kampung, anda boleh cuba masakan berikut. Sedap dimakan sebagai penambah selera dengan lauk pauk lain seperti masak lemak cili api atau pun asam pedas, kari pun sodap juga.

Senang ajer nak masak resipi ni. Murah jer bahan-bahannya. Kalau kat kampung, mungkin dapatkan pucuk ubi dari belakang rumah anda jer. Kalau kat KL ni, kenalah beli kat pasar.

Pucuk ubi dibersihkan, ambil pucuk sahaja dan daun yang lembut. Gorengkan sehingga rangup dan bertukar kepada warna kehitaman. Angkat dan toskan minyak.

Untuk bahan tumisan, tumbuk bawang merah dan ikan bilis sehingga lumat. Then, panaskan minyak, tumis bahan tersebut sehingga hampir garing, masukkan cili boh (saya selalu gunakan jenama Cili Giling Puteri) dan goreng lagi sehingga garing dan masak sepenuhnya. Masukkan pucuk ubi yang telah digoreng tadi, gaulkan supaya rata dan it’s ready to be served.

Selamat mencuba.

 

Login

Or form here

Don't have an account ? Sign Up

Register New Account

Or form here

Already have an account ? Login

Reset Password

Already have an account ? Login